Hey you! Welcome here. My name, Miela. Please check what have you wrote. Love much to all follower. Don't forget to follow and hey, leave your sign.

VISITORS


Sunday, May 26, 2013

TATKALA HATI GADIS INI BERBISIK




Selamat petang blogger. Assalamualaikum,,

Hari ni dah masuk 26 Mei. Yang bermaksud lagi dua hari aku akan buat test JPJ untuk lesen kereta. Hmmm..macam macam aku fikir. Abang pun dah tunang awal jun ni. Dan aku pulak aku sambung belajar pada 3 jun. Harap harap everything will be fine. Ok, hari ni aku nak bukak cerita sedih sedih sikit. After a long time I'm not updating my blog. haha.
" Sungguh berat hati ini ingin melepaskan dirimu berada di negeri orang. Keseorangan. Kesepian. Kesunyian. Sedangkan aku di sini hanya dapat memikirkan keadaan dirimu di sana. Perhubungan yang hanya dapat diteruskan melalui media massa. Telefon di tangan tidak ku lepaskan sepanjang hari. Laman Facebook menjadi temanku siang dan malam. Twitter tempatku lepaskan segala keluhan, segala kegembiraan aku kongsikan di situ. Dengan harapan kau mebaca dan dapat merasakan perasaan yang sama seperti ku. Dalam keberatan untuk melepaskan dirimu pergi menimba ilmu, rakan-rakan mengingatkan aku kembali tujuan kita hidup. Ku lepaskan kau. Pergilah menimba ilmu di bumi Allah selagi hayat di kandung badan. Jadi penerima dan penyampai ilmu yang terbaik. Setiap kali kau kirimkan berita ingin pulang, aku menanti dirimu sepenuh hati. Ingin sahaja aku berlari menyambut kepulangan mu ketika tiba di terminal. Memeluk erat tubuhmu. Menggenggam sepuluh jarimu dan mencium tanganmu. Tapi, ia hanya akan berlaku sekiranya aku ini halal bagimu. Walaupun kepulangan mu hanya untuk satu jam, akan ku luangkan satu jam itu hanya untuk bersamamu. Jagalah dirimu wahai kasih. Pergilah kejar cita-cita dan impian mu. Hanya satu harapanku. Jangan lupakan Allah, Jangan lupakan Ibu Ayah, dan Jangan lupakan ku. Akan ku hantar dirimu  dengan doa yang terbaik buatmu. Semoga kejayaan akan menjadi milik mu. Amin....."

No comments: