Hey you! Welcome here. My name, Miela. Please check what have you wrote. Love much to all follower. Don't forget to follow and hey, leave your sign.

VISITORS


Monday, June 24, 2013

BERMULANYA KEHIDUPAN BARU DI IPB


                        

Salam tengah hari..
              Hari ni masuk 4 minggu aku di IPB dan dah 3 minggu aku mulakan pembelajaran baru di sini. Sekarang, keadaan di sini jerebu teruk. I hope I will get well soon. Sejujurnya, semuanya berubah bila saya melangkah ke alam universiti ni. Lebih-lebih lagi sejak menjadi penghuni asrama buat pertama kalinya. Dah tak ada mak yang akan kejutkan kita untuk pergi sekolah. Dah tak ada lagi uniform sekolah. Dah tak ada lagi perhimpunan pagi. Dah tak ada lagi van atau bas yang akan hantar ambil kita. Apa yang berubah, saya akan jadikan pengalaman baru bagi saya. Dunia baru ni akan saya hias dengan usaha. Yuran bukan murah macam zaman sekolah dulu. Mereka dah tak letak yuran yang murah. Ayah mak kerja keras untuk bayar yuran. So, of course sebagai anak, inilah masanya kita balas jasa mereka. Ukirkan senyuman pada wajah mereka bila mereka lihat kita memakai jubah, topi dan sambil menggenggam segulung ijazah. Bagi saya, saya bukan hanya ingin berjaya dengan segulung ijazah, tapi saya nak meraih Anugerah Naib Censelor. InsyaAlah. Pada asalnya, diploma perakaunan bukanlah pilihan saya walaupun saya mempunyai keputusan C untuk subjek akaun semasa SPM. Saya lebih berminat untuk menceburi bidang seni. Tapi, halangan daripada mak buatkan saya membatalkan niat. Dan, untuk menjaga hati kedua mak ayah, saya mengambil keputusan untuk mengikut cadangan mereka untuk ke sini (INSTITUT PROFESSIONAL BAITULMAL) dan mengambil diploma perakaunan. Keyakinan sudah jauh tenggelam. Tapi, yelah kan, orang cakap kata ibu selalu betul. Situasi ni, saya anggap sebagai satu cabaran. 

"Mak, Ayah..ila akan lakukan yang terbaik. Doakan ila."

No comments: